18sx 18sg uncensored gossip scandals news celebrities info and more.....

7/10/2010

0
Komen
Iran batal rejam sampai


LONDON - Pemerintah Iran semalam mengumumkan untuk tidak melaksanakan hukuman rejam sehingga mati ke atas seorang wanita negara itu, Sakineh Mohammadi-Ashtiani kerana melakukan perzinaan ekoran bantahan masyarakat antarabangsa, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Kedutaan Republik Islam itu di London menjelaskan, berdasarkan maklumat daripada pihak berkuasa kehakiman di Iran, Sakineh yang berumur 43 tahun tidak akan direjam sampai mati.

Namun, kenyataan itu tidak menyatakan sama ada hukuman ke atas wanita tersebut akan diganti atau dia bakal digantung sampai mati.

Sakineh mengaku pernah berzina dengan dua lelaki pada 2006.

Sebuah kumpulan hak asasi manusia, Amnesty Intenational menyatakan, wanita itu yang mempunyai dua orang anak, Farideh berumur 16 tahun dan Sajad berusia 20 tahun telah dijatuhkan hukuman oleh sebuah mahkamah syariah di bandar Tabriz, di utara Iran pada Mei 2006.

Dia telah menjalani hukuman sebat sebanyak 99 kali ketika beberapa buah negara Barat yang diketuai Amerika Syarikat (AS) dan Britain merayu hukuman itu diketepikan. - Agensi

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0
Komen
Tiga kali tayar kereta dicuri


LONDON - Malang nasib seorang pemandu sebuah kereta mewah Bentley di Britain apabila keempat-empat tayar kenderaannya itu sekali lagi hilang untuk kali ketiga, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Kereta itu menjadi mangsa oleh sekumpulan pencuri ketika ia diletakkan di kawasan letak kereta awam di Chelsea awal minggu lalu sebelum pemiliknya terkejut mendapati kesemua tayar lesap dan diganti dengan batu-bata pada waktu pagi.

Kos untuk aloi khas kereta berwarna hitam model Continental GT yang bernilai £120,000 (RM578,460) itu sahaja dianggarkan sudah mencecah £5,000 (RM24,102) namun anehnya, tayar beberapa buah kereta Bentley lain di kawasan itu tidak pula dicuri.

Pemilik kereta tersebut yang tidak didedahkan namanya kehilangan dua buah tayar pada Mac tahun lalu. - Agensi

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0
Komen
Cut Tari mengaku dia dalam video seks


JAKARTA - Hotman Paris Hutapea yang merupakan peguam bela pengacara televisyen terkenal Indonesia, Cut Tari menyatakan anak guamnya sudah mengaku kepada penyiasat polis bahawa dia merupakan wanita yang melakukan hubungan seks dalam satu klip video lucah melibatkan lelaki mirip penyanyi Ariel Peterpan, lapor sebuah akhbar semalam.

"Semasa BAP (soal siasat polis), kami menerangkan bahawa dia (Cut Tari) dalam video itu, (Cut Tari) mengaku bahawa yang melakukan hubungan seks itu," kata Hotman ketika dihubungi beberapa wartawan.

Hotman menyatakan bahawa pengakuan itu baru dinyatakan kepada wartawan. Menurutnya, seperti diketahui bahawa Cut Tari telah disenaraikan polis sebagai suspek yang terlibat dalam kes video seks itu secara rasminya semalam.

"Sejak hari Isnin lalu (Cut Tari) sudah menjadi suspek. Kami tidak membuat pengumuman kepada orang awam kerana kami tidak mahu mendahului polis," katanya. Kelmarin, Cut Tari membuat pengumuman mengejut apabila dia menangis semasa membuat permohonan maaf kepada rakyat Indonesia termasuk kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono kerana mencetuskan berita yang menggemparkan berhubung penglibatan seorang wanita miripnya dalam satu klip video seks melibatkan lelaki mirip Ariel Peterpan. Menurut Hotman, Cut Tari tidak mengetahui bahawa aksi seksnya bersama lelaki mirip Ariel Peterpan telah dirakamkan.

"Tetapi, dia (Cut Tari) tidak pernah mengetahui siapa yang merakamkan dan yang menyebarkan rakaman itu. Dia (Cut Tari) tidak pernah melihat rakaman itu. Dia tidak pernah menyimpan dan mengedarkan (rakaman tersebut)," kata Hotman. - Agensi

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

7/09/2010

0
Komen
Manusia tertua di dunia


TBILISI - Pihak berkuasa negara Georgia semalam mendakwa terdapat seorang wanita yang menetap di sebuah kampung terpencil yang kini berusia 130 tahun.

Seorang jurucakap pejabat pendaftaran kebangsaan berkata, wanita itu dikenali sebagai Antisa Khvichava (gambar) dari bahagian barat Georgia dilahirkan pada 8 Julai 1880.

Menurutnya, umur itu menjadikan dia sebagai manusia tertua di dunia yang masih lagi hidup.

Kakitangan-kakitangan pejabat pendaftaran itu mengunjungi Khvichava di kampung Sachire dan mereka ditunjukkan dengan dua dokumen era Soviet yang menyatakan tarikh lahir Antisa.

Wanita tersebut mendakwa bersara sebagai pengutip daun teh dan jagung pada 1965 ketika berusia 85 tahun.

Kumpulan Penyelidik Gerontologi di Amerika Syarikat yang juga pihak berkuasa rasmi bagi membuat pengesahan manusia tertua dunia untuk Guinness World Records masih menyenaraikan individu tertua yang masih hidup setakat ini ialah Eugenie Blanchard dari Perancis berusia 114 tahun. - AP

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0
Komen
Sepanyol bimbang sotong Piala Dunia dimakan rakyat Jerman


MADRID - Kerajaan Sepanyol semalam melahirkan kebimbangan berhubung masa depan sotong peramal pertandingan bola sepak Piala Dunia 2010 yang dipelihara di Akuarium Sea Life, selatan Jerman ekoran keputusan perlawanan separuh akhir semalam di Afrika Selatan.

Paul mendapat perhatian meluas setelah membuat ramalan tepat semua enam perlawanan melibatkan Jerman.

Sotong itu turut membuat ramalan tepat dengan memilih Sepanyol menewaskan Jerman.

Haiwan itu membuat ramalan dengan memilih bekas berisi makanan yang dihiasi bendera Sepanyol dan bukannya bekas dihiasi bendera Jerman.

Kerajaan Sepanyol bimbang rakyat Jerman akan membalas dendam dan mengikut jejak penyokong-penyokong Argentina sebelum ini yang mahu menjadikan sotong tersebut sebagai makanan ekoran ramalan Paul mengenai nasib negara itu.

"Saya amat prihatin dengan keadaan sotong itu... saya memikirkan untuk menghantar satu pasukan perlindungan ke Jerman," kata Perdana Menteri Sepanyol, Jose Luiz Rodriguez Zapatero kepada stesen radio Cadena Ser sambil bergurau.

Namun, Menteri Perikanan dan Alam Sekitar Sepanyol, Elena Espinosa mencadangkan langkah keselamatan untuk Paul dilakukan dan beliau akan memohon Majlis Menteri Eropah membuat larangan supaya Paul ditangkap bagi mengelak peminat Jerman daripada memakannya.

Segelintir penyokong Jerman yang kecewa selepas kalah kepada Sepanyol mengirim pesanan menerusi pelbagai forum di Internet sehingga ada yang menawarkan ganjaran bagi mendapatkan sotong berkuasa psikik itu dan dijadikan hidangan panggang barbeku.

Seorang wartawan Jerman pula dalam ulasan setelah perlawanan berakhir membayangkan dia kini amat teruja untuk memakan Paul.

Situasi itu menyebabkan ramai rakyat Sepanyol mulai bimbang dengan nasib sotong tersebut.

Menteri Perindustrian Sepanyol, Miguel Sebastian menyarankan pihak berkuasa melakukan pemindahan segera secara percuma terhadap Paul untuk dibawa dari Jerman ke Sepanyol demi memastikan keselamatan haiwan itu. - AFP

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0
Komen
Luna Maya juga minta maaf


JAKARTA - Selepas pengacara Cut Tari meminta maaf, aktres Luna Maya turut melakukan perbuatan sama atas alasan telah menggemparkan Indonesia ekoran satu skandal video seks, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, dia masih tidak mengaku berlakon dalam video tersebut bersama lelaki mirip penyanyi Ariel Peterpan.

"Saya juga ingin minta maaf pada keluarga saya yang mungkin ...emh...ya intinya saya benar-benar minta maaf pada semua... Jadi... emmm mudah-mudahan...," kata Luna Maya yang permintaan maafnya disiarkan di stesen televisyen Metro TV.

Menurutnya, sebagai warga Indonesia, dia berharap kes klip video seks itu akan dapat diselesaikan dengan segera oleh pihak berkuasa.

Setakat ini, Ariel masih ditahan di sebuah pejabat polis di sini kerana disyaki sebagai suspek mengedarkan klip video berkenaan. - Agensi

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0
Komen
Israel dedah lokasi senjata disembunyi Hezbollah


BAITULMUQADDIS – Tentera Israel kelmarin menyiarkan gambar-gambar dari udara di selatan Lebanon yang menunjukkan bukti kumpulan pejuang Hezbollah menyimpan sejumlah senjata di beberapa bandar dan desa berdekatan sempadan.

Rejim Yahudi itu membatalkan status rahsia gambar-gambar pengintipan tersebut beberapa hari menjelang ulang tahun keempat Perang Lebanon bagi menunjukkan kumpulan itu pernah menggunakan orang awam sebagai perisai manusia.

Gambar itu memaparkan kubu bawah tanah dan lokasi persembunyian di pertengahan kampung Al-Khiam, empat kilometer dari sempadan Israel, yang disyaki rejim itu sebagai markas operasi dan gudang senjata kumpulan militan Syiah tersebut.

Menurut seorang pegawai tentera Israel, Leftenan Kolonel Avital Leibovitz, terdapat 15 buah bangunan digunakan Hezbollah sebagai tempat simpanan senjata yang terletak berdekatan dengan beberapa masjid, sekolah dan pusat kesihatan di kampung itu.

– AFP

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0
Komen
Cut Tari menangis minta maaf


JAKARTA - Pengacara televisyen terkenal, Cut Tari menangis teresak-esak semasa membuat permohonan maaf kepada penduduk negaranya termasuk Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono berhubung skandal klip video lucah yang menyiarkan pelakon miripnya dengan penyanyi Ariel Peterpan, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Cut Tari membuat pengakuan itu pada satu sidang akhbar yang dihadiri oleh suaminya, Johannes Joesoef Subrata dan peguam belanya, Hotman Paris Hutapea.

Sebelum membuat permohonan maaf itu, Cut Tari menarik nafas kemudian berkata: "Kepada Bapak Presiden RI (Republik Indonesia) berserta ibu, Bapak Kapolri (Ketua Polis Indonesia) berserta ibu, Bapak Kabareskrim (Badan Siasatan Jenayah) berserta ibu, bapak ibu dan penyelidik Mabes Polri (penyiasat polis), tokoh agama dan tokoh masyarakat yang saya hormati, para orang tua dan masyarakat Indonesia.

"Atas nama peribadi dan atas nama keluarga saya memohon maaf yang sebesar-besarnya. Mohon maaf atas pemberitaan baru-baru ini yang menyangkut diri saya yang telah menimbulkan keresahan di masyarakat. Sekali lagi saya mohon maaf."

Selepas dia membuat permohonan maaf tersebut, Cut Tari menangis.

"Saya hanya mahu minta maaf. Saya cuma minta dimaafkan," katanya.

Dia turut meminta maaf kepada suaminya dan berterima kasih kepadanya kerana masih setia sejak skandal klip video tersebut tersebar.

Suaminya turut memegang tangan Cut Tari untuk menenangkan isterinya yang sedang menangis.

Sementara itu, ketika ditanya pemberita sama ada wanita dalam klip video tersebut adalah dirinya, peguam Cut Tari berkata: "Jangan tanya lagi tentang benar tidaknya (video berkenaan).

"Bagi masalah undang-undang, saya serahkan kepada penegak hukum."

Menurutnya, semasa skandal itu terbongkar, Cut Tari tidak berani keluar rumah untuk membeli air mineral.

Sebelum mengakhiri sidang itu, Cut Tari turut berkata: "Demikian permohonan maaf saya sampaikan dan Insya-Allah pintu maaf terbuka untuk saya. Sudah ya." - Agensi

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0
Komen
Program motivasi agama menyeleweng dipantau


KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa memantau program-program motivasi yang didapati menyeleweng daripada ajaran Islam bagi mengelak berlakunya kerosakan akidah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jabatan-jabatan berkaitan termasuk Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang menyiasat perkara itu meskipun penguatkuasaannya tidak melibatkan negeri-negeri lain.

"Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mempunyai pandangan tersendiri terhadap program yang dijalankan oleh syarikat ini walaupun negeri-negeri lain belum membuat tindakan serupa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak projek surau di Projek Perumahan Rakyat Kampung Limau, Pantai Dalam di sini semalam.

Beliau diminta mengulas tindakan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang mengeluarkan fatwa pada 10 Jun lepas bahawa ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa oleh sebuah syarikat motivasi dan apa-apa ajaran yang seumpama dengannya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam kerana mengandungi ajaran-ajaran yang boleh merosakkan akidah dan syariah Islam.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

7/08/2010

0
Komen
Iraqi resistance fighters call for Americans to be castrated on the banks of the Euphrates River


by
Ernesto Cienfuegos
La Voz de AztlanLos Angeles, Alta California – May 11, 2004 – (ACN) As more horrid photographs are released and revelations made public concerning the depraved sexual acts against the Iraqi populace, the entire Arab world is becoming increasingly angrier and more outraged. Yesterday, Iraqi resistance fighters called for Islam to castrate Americans on the banks of the Euphrates River and today an Islamic web site in Egypt showed a video of American Nick Berg of Philadelphia being “decapitated” as revenge for the sexual abuse and torture by American and Jewish interrogators at the Abu Ghraib prison.

Many of the pictures and videos showing the worst sexual atrocities at the prison have not yet been released. The US Senate wants to view them in private prior to their release. Perhaps the US Senate can also view the photographs of the five Latinas La Voz de Aztlan has published at http://www.aztlan.net/latinas_us_military_raped.htm that were also brutally raped by the US military. The US Senate would not escape seeing the suffering and sheer agony in the faces of these women who were wearing US military uniforms when they were also dehumanized, raped and betrayed by the Pentagon.

The situation is bound to get worse as new pictures “dishonoring” Iraqi women are made public. Many of the rapes where photographed and filmed and sold to US pornographic web sites. One of these web sites has shut down ever since La Voz de Aztlan made the information public. The web site at IraqBabes.com showed graphic photographs of Iraqi women and girls being brutally raped and dehumanized by White or Jewish soldiers in mercenary uniforms. The web site was advertised to American perverts as “Horny soldiers having extreme sex in war”, “Extreme gangbangs out of Iraq”, “Iraqi men forced at gunpoint to watch their women f_ _ _k in the dirt”, and “Watch Iraqi bitches royally screwed”.

The above web site and others on the Internet showing brutal rapes of women and other unspeakable depravities against females are intended for viewing by personnel of the US Armed Forces. There is no barrack in any US military fort or installation where there is not a least one depraved US soldier getting off while watching one of these totally filthy web sites. Perhaps these web sites greatly contributed to the rape of the five Latinas in uniform whose lives are now totally in shambles. Also, the graphic violence against women that is shown in these web sites may be greatly contributing to the out of control violence against military spouses.

La Voz de Aztlan prays for the family of Nick Berg, who like Daniel Pearl, must have suffered incredible terror just before his head was cut off. We also pray that Donald Rumsfeld resigns before it is too late for the entire world. We are surely headed towards an impending doom if we don’t stand up and act morally and justly!

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0
Komen
Nafsu seks wanita pertengahan usia lebih kuat


DALLAS – Satu kajian terbaru di Amerika Syarikat (AS) mendapati wanita suka menikmati seks semasa usia mereka menghampiri 40 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan ahli akademik Universiti Texas itu menyatakan nafsu seks wanita lebih tinggi pada peringkat usia 30-an dan awal 40-an disebabkan faktor psikologi.

Pada usia tersebut, wanita menyedari mereka semakin menghampiri menopaus yang mengurangkan tahap kesuburan dan peluang mendapatkan anak sekali gus menyebabkan keinginan seks mereka meningkat.

Kajian berbentuk kaji selidik itu melibatkan hampir 900 wanita yang dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu responden dengan kesuburan tertinggi (berusia 19 tahun hingga 26 tahun), mereka yang tahap kesuburannya menurun (berusia di antara 27 tahun hingga 45 tahun) dan golongan yang menghampiri atau telah mengalami menopaus.

“Hasil kajian menunjukkan wanita dengan tahap kesuburan menurun sebenarnya memiliki keinginan seks yang lebih tinggi dan lebih aktif melakukan hubunganseks berbanding wanita subur,” kata seorang penyelidik berkenaan, Profesor David Buss.

Menurutnya, wanita pertengahan usia juga lebih kerap berfantasi mengenai seks berbanding wanita muda di samping lebih cenderung menjalin hubungan sulit terutamanya dengan lelaki lebih muda.

“Saya kerap mendapati wanita berusia lewat 30-an lebih gemar

‘berseronok’ (terbabit dalam aktiviti seks). Mungkin keadaan ini berlaku tanpa disedari mereka atau mereka sedar mengenainya,” kata seorang pakar seks, Dr. Pam Spurr. – Agensi

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0
Komen
Cuci not AS$1 dengan mesin basuh


HARARE - Pelbagai cara digunakan oleh rakyat Zimbabwe untuk mencuci wang kertas Amerika Syarikat (AS) yang kotor termasuk membersihkannya dengan menggunakan mesin basuh.

Wang kertas AS$1 (RM3.22) kerap bertukar tangan di negara berkenaan sehingga ia menjadi lusuh dan koyak manakala penduduk tempatan terutamanya mereka yang tinggal di kawasan setinggan dengan kadar jenayah tinggi suka membawa wang tersebut di dalam kasut dan seluar dalam.

Tabiat kotor itu menyebabkan sesetengah wang kertas menjadi terlalu busuk sehingga memaksa orang ramai memasukkannya di dalam mesin basuh untuk dibersihkan sebelum dikeringkan bersama pakaian mereka.

Kaedah tersebut dapat 'mengubah' wang kotor itu menjadi bersih selain ia dilapkan dengan menggunakan sarung tangan getah atau tisu pembunuh kuman.

Menjadi pilihan utama rakyat Zimbabwe, wang kertas dolar AS digunakan jauh lebih lama daripada jangka hayat yang ditetapkan oleh Bank Pusat AS.

Pentadbiran Zimbabwe mengisytiharkan wang dolar sebagai mata wang sah pada tahun lalu bagi menangani inflasi di negara itu namun, bank Pusat AS memusnahkan kira-kira 7,000 tan wang lusuh setiap tahun.

Agensi berkenaan menyatakan, purata pusingan penggunaan wang kertas AS$1 di AS adalah kira-kira 20 bulan, jauh lebih singkat berbanding Zimbabwe di mana jangka hayatnya mencapai hingga bertahun-tahun.

Wang kertas dengan nilai lebih besar pula dikeluarkan dari bank atau melalui aktiviti import dan eksport serta kurang dicemari kotoran.

Ia berbeza dengan wang kertas AS$1, AS$2 (RM6.44), AS$5 (RM16.11) dan AS$10 (RM32.22) yang menjadi pilihan utama di kalangan penduduk miskin Zimbabwe dan ia kerap bertukar tangan.

Wang kertas AS$1 meluas digunakan di pasar-pasar di pedalaman dan stesen-stesen bas sehingga ia akhirnya terkoyak.

Namun, bank-bank dan kebanyakan perniagaan di Zimbabwe tidak menerima wang kertas dolar AS yang koyak, terbakar, amat kotor atau dicantum dengan menggunakan pita pelekat.

Penduduk tempatan menyatakan, kaedah terbaik untuk membersihkan wang kertas dolar AS adalah dengan mencucinya dengan tangan dan menggunakan air suam.

Namun, sebuah kedai dobi di ibu negara Zimbabwe, di sini, menggunakan kaedah lebih mudah iaitu membersihkannya dengan mesin basuh tanpa merosakkannya.

Penduduk tempatan berkata, kaedah cucian kering pula tidak digalakkan kerana ia menyebabkan warna wang kertas itu lusuh.

Seorang pemilik kedai di sini, Jackie Dube bagaimanapun tidak mengendahkan semua petua tersebut kerana dia mempunyai cara yang jauh lebih mudah dan efisien untuk memiliki wang kertas bersih.

"Saya menghilangkan semua wang yang kotor itu dengan memulangkannya kepada pelanggan sebagai wang baki," katanya. - AP

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0
Komen
Anak Ronaldo bernilai RM730.3 juta


MADRID - Anak lelaki bintang bola sepak antarabangsa, Cristiano Ronaldo (gambar) yang baru lahir kini bernilai £150 juta (RM730.3 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

Bayi berkenaan merupakan satu-satunya pewaris kekayaan pemain bola sepak berusia 25 tahun itu.

Ronaldo yang bermain untuk kelab Sepanyol, Real Madrid, dipercayai membayar sejumlah wang kepada seorang ibu tumpang warga Amerika Syarikat (AS) untuk mengandungkan anaknya.

Mengulas mengenai kelahiran tersebut, saudara perempuan Ronaldo, Katia berkata, pemain bola sepak itu amat gembira selepas kali pertama bertemu dengan bayi seberat 4.2 kilogram berusia tiga minggu, pada dua minggu lalu.

Sebelum ini, beberapa pakar kewangan menganggarkan pemain bola sepak berkenaan bakal mengumpul pendapatan berjumlah £150 juta menjelang penghujung kerjayanya.

"Bayi itu amat bertuah. Jika anda melihat secara keseluruhan, Ronaldo akan memperoleh gaji lebih £100 juta (RM487.5 juta) hanya melalui kontrak enam tahun dengan Real Madrid," kata satu sumber.

"Pendapatan tersebut tidak termasuk perolehan komersial daripada penajaan," tambahnya.

Sementara itu, teman wanita terbaru bintang bola sepak berkenaan, Irina Shayk, 24, dilapor kecewa kerana dia tidak diberitahu oleh Ronaldo mengenai rancangannya untuk mendapatkan anak. - Agensi

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0
Komen
Carrefour nafi tutup operasi


KUALA LUMPUR – Carrefour Malaysia dan Singapura berkata, perniagaannya dijalankan seperti biasa di semua cawangannya di sini dan republik tersebut.

Menafikan penutupan kedai di Malaysia dan Singapura, pasar raya besar itu menjelaskan, empat cawangan Carrefour telah dibuka untuk perniagaan di Malaysia tahun ini dan empat lagi dijadualkan dibuka menjelang akhir tahun.

Carrefour berkata demikian dalam satu kenyataan berhubung laporan berita baru-baru ini bahawa ia kini dalam peringkat awal penjualan unit-unitnya di Malaysia, Thailand dan Singapura yang akan mengumpulkan sebanyak AS$1 bilion, serta merancang untuk menutup operasinya di negara-negara ini.– Bernama

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0
Komen
Gadis ditemani 100 ular berbisa


KOTA BHARU - Keberanian seorang gadis, Puteri Nur Aryani Saiful Yuzah, 24, tinggal bersama 100 ekor ular berbisa menarik perhatian pengunjung Pameran dan Pertunjukan Ular 2010 di Perbadanan Muzium Kelantan di sini.

Pameran anjuran Perbadanan Muzium Negeri Kelantan itu berlangsung selama sebulan bermula kelmarin.

Puteri Nur Aryani beraksi dengan tinggal bersama ular dalam bilik kaca berukuran kira-kira empat meter persegi selama 12 jam sehari bermula pada pukul 9 pagi hingga 10 malam.

Menurut gadis berasal dari Sungai Petani, Kedah itu, penyertaannya dalam pertunjukan tersebut sebagai latihan untuk mencipta rekod dunia pada awal tahun depan.

"Semasa bersama ular tersebut, saya cuba mendalami secara lebih dekat kehidupan reptilia berbisa itu," katanya di sini semalam.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0
Komen
'Selamatkan kampung kami'


GEORGE TOWN - Sambutan ulang tahun kedua pengisytiharan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) semalam tidak memberi sebarang erti kepada penduduk Kampung Tanjung Tokong di sini.

Ini kerana kampung Melayu tradisional berusia lebih 200 tahun itu hanya menunggu masa untuk 'dibersihkan'.

Walaupun menjadi satu-satunya perkampungan yang diteroka nelayan Melayu sebelum kedatangan Kapten Francis Light yang masih kekal, namun nilai sejarahnya tidak membantu kampung itu untuk terus kekal.

Kira-kira 600 penduduk asal masih berharap pembangunan yang bakal dilaksanakan oleh pemilik tanah, UDA Holdings Berhad (UHB) dapat mengekalkan warisan dan sejarah kampung itu.

Menurut Pengerusi Persatuan Penduduk kampung itu, Mohd. Salleh Yahya, penduduk akur dengan keputusan kerajaan menyerahkan tanah kampung tersebut kepada UHB pada tahun 1972 bagi tujuan pembangunan.

"Kampung ini perlu kekal dan dipulihara demi menyelamatkan hak pemilikan tanah penduduk dengan menjadikannya sebagai zon warisan bercampur kawasan kediaman moden.

"Kami kecewa apabila UHB mengisytiharkan kampung ini sebagai setinggan menyebabkan penduduk hilang hak terhadap tanah," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0
Komen
Pernikahan Maya-Muhammad sah


KUALA LUMPUR - Kontroversi berhubung kedatangan pelakon dan pengacara Maya Karin dan suaminya, Muhammad Ali ke Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam sudah terjawab apabila ia adalah untuk mengesahkan perkahwinan mereka yang berlangsung di Bellagio, Itali dua tahun lalu.

Perkara itu disahkan sendiri oleh sumber mahkamah selepas kes tersebut selesai berikutan prosiding berjalan secara tertutup manakala kedua-dua pihak juga keberatan untuk memberi kerjasama kepada media.

Menurut sumber, Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin memutuskan pernikahan pasangan itu yang berlangsung di sebuah masjid di Bellagio, Itali pada 14 Ogos 2008 adalah sah mengikut syarak.

Muhammad Ali atau nama sebenarnya Steven David Shorthose, 41, yang tidak diwakili peguam hadir pada pukul 3.30 petang manakala 20 minit kemudian, Maya Karin Roelcke, 31, pula tiba bersama peguam syarie Norhusniah Hussin yang mewakilinya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

7/06/2010

0
Komen
Wartawan jadi hakim ratu bogel


ADELAIDE - Seorang wartawan wanita, Sarah Mennie menceritakan pengalaman dirinya yang dipilih sebagai hakim pertandingan Ratu Bogel Australia Selatan yang disertai oleh lima peserta pada Rabu lalu, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Wartawan akhbar Sunday Mail South Australia itu ialah satu-satunya wanita yang menjadi hakim daripada empat hakim lelaki lain yang diadakan di sebuah kelab bogel terkenal, Crazy Horse di sini.

Sarah ditemani tunangnya semasa mengadili pertandingan itu.

Dia mendapati acara tersebut sebenarnya dilakukan dengan bersungguh-sungguh dengan hadiah peringkat kebangsaan pada bulan depan berjumlah A$20,000 (RM53,840).

"Saya sendiri tidak tahu maksud pakaian malam untuk pertandingan itu kerana peserta sendiri kelihatan tidak memakai pakaian yang mencukupi untuk dikatakan sebagai pakaian dan ia lebih menyerupai pakaian di kolam renang," kata Sarah.

Ketika para peserta berbaris di atas pentas, hakim-hakim sibuk membuat penilaian yang amat ketat untuk beberapa kategori termasuk Kaki Terbaik, Punggung Terbaik, Payu Dara Terbaik, Susuk Tubuh Terbaik dan Keseluruhan Terbaik.

Pemenang pertandingan itu ialah Sarah manakala wanita dikenali sebagai Jo Jo Jackson menduduki tempat kedua.

- Agensi

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0
Komen
Ronaldo bayar 'ibu tumpang' untuk anak


LONDON - Ketua pasukan bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo didakwa membayar 'seorang ibu tumpang' untuk mendapatkan anak lelakinya yang dilahirkan semasa skuadnya bertanding di Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, lapor sebuah akhbar semalam.

Semalam, akhbar-akhbar menyiarkan pengakuan Ronaldo bahawa dia kini menjadi seorang bapa tetapi identiti ibu yang melahirkan anaknya dirahsiakan kerana pemain tersebut dikenali ramai masih bujang.

Akhbar Diario de Noticias melaporkan bayi itu dikandung ibu tumpang tersebut sejak musim panas lalu di San Diego, Amerika Syarikat (AS) semasa Ronaldo sedang bercuti.

Bayi seberat 4.30 kilogram itu dilahirkan pada 17 Jun lalu ketika bintang pasukan Portugal itu berada di Afrika Selatan untuk perlawanan Piala Dunia 2010.

Menurut sebuah akhbar, anak itu hasil hubungan Ronaldo dengan seorang wanita AS yang dibayar supaya menyembunyikan identitinya.

Bayi itu kini dipercayai dijaga oleh keluarga pemain tersebut di Algarve, selatan Portugal.

Kakak Ronaldo, Katia Aveiro menyatakan berita Ronaldo menjadi bapa itu adalah benar.

Aveiro memberitahu, bayi tersebut mempunyai mata dan rambut berwarna coklat seperti Ronaldo.

Stesen televisyen RTP di Portugal mendakwa bayi yang dilahirkan setinggi 53 sentimeter itu akan dipanggil Ronaldo.

Ronaldo menjadi bapa dua hari selepas skuadnya menentang pasukan Ivory Coast dan empat hari sebelum membantu Portugal membelasah Korea Utara dengan keputusan 7-0.

Akhbar itu turut melaporkan Ronaldo terbang ke Algarve untuk bertemu dengan anaknya, sebaik sahaja Portugal tersingkir daripada Piala Dunia selepas dikalahkan oleh Sepanyol pada 29 Jun lalu. - Agensi

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0
Komen
Brazil pecat Dunga


SAO PAULO - Jurulatih Brazil, Dunga dan barisan kejurulatihannya akhirnya telah dipecat secara rasmi selepas kegagalan pasukan itu pada peringkat suku akhir Piala Dunia 2010 Jumaat lalu.

Persekutuan Bola Sepak Brazil (CBF) dalam satu kenyataan semalam mengesahkan tindakan pemecatan tersebut.

"Dengan penutup kepada kitaran kerja bermula Ogos 2006 diakhiri dengan kegagalan skuad Brazil pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, CBF mengumumkan pemecatan kesemua pegawai teknikal dalam skuad kebangsaan Brazil," menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, Dunga, 46, telah pun menyatakan kesediaan untuk berundur selepas Brazil tewas 1-2 kepada Belanda pada aksi suku akhir Jumaat lalu setelah empat tahun memegang jawatan itu.

Bekas kapten Brazil itu mengganti- kan Carlos Alberto Parreira sebagai jurulatih Brazil pada Julai 2006, sejurus tamat Piala Dunia di Jerman.

Dunga yang dahulunya merupakan seorang pemain tengah yang cukup kental, menjadi kapten ketika Brazil menjulang trofi Piala Dunia 1994 sebelum muncul naib juara empat tahun kemudian.

Biarpun tanpa pengalaman melatih mana-mana pasukan sebelum ini, karier Dunga sebagai jurulatih Brazil berjaya membawa pasukan itu muncul juara Copa Amerika 2007, juara Piala Konfederasi 2009 serta muncul pasukan tangga teratas Kelayakan Piala Dunia Zon Amerika Selatan.

Menurut kenyataan CBF itu lagi, jurulatih baru Brazil akan diumumkan pada penghujung bulan ini.

Lima calon yang disebut-sebut bakal mengisi kekosongan tersebut ialah Luiz Felipe Scolari, Mano Menezes, Muricy Ramalho, Ricardo Gomes dan Leonardo. - Reuters

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0
Komen
Lelaki maut kereta terjunam


SUNGAI BULOH - Seorang pemilik perniagaan percetakan maut dalam keadaan mengerikan selepas kereta Citroen yang dipandunya terbabas lalu terjunam dari jejambat di Kilometer 456.2 Lebuh Raya Utara-Selatan di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu, mangsa, Azizi Syeh Mohd. Jailani, 27, mati di tempat kejadian selepas besi penghadang jalan tertusuk perutnya.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Che Hussin Omar berkata, ketika kejadian mangsa dipercayai dalam perjalanan dari ibu negara menuju ke rumahnya di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Menurut beliau, mangsa dipercayai tidak dapat mengawal kereta lalu merempuh penghadang jalan dan kenderaan itu kemudian tercampak ke lebuh raya yang tingginya kira-kira 20 meter.

"Kereta mangsa telah tersangkut di atas longkang di bawah jejambat dan mangsa ditemui di dalam longkang yang kedalamannya kira-kira dua meter," katanya.

Che Hussin berkata, beberapa cebisan daging mangsa turut ditemui di tempat kejadian.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0
Komen
Badang lembik pulang hampa


PETALING JAYA – Tindakan seorang pemilik kedai emas menyimpan barang kemas di dalam dua peti besi seberat 600 kilogram telah menggagalkan hasrat sekumpulan penjenayah untuk merompak kedainya dalam satu kejadian di Sungai Way di sini semalam.

Mana tidaknya, peti besi tersebut telah menyelamatkan sejumlah barang kemas daripada dikebas walaupun perompak itu cuba mengopak dan melarikannya.

Polis percaya cubaan tersebut berlaku antara Sabtu dan Ahad lalu iaitu ketika pemilik kedai itu menutup operasinya.

Ia hanya disedari selepas salah seorang pekerja kedai emas itu mendapati alat penggera kedai itu tidak berfungsi ketika hendak memulakan perniagaan semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Khaw Kok Chin berkata, pekerja itu kemudian meninjau di belakang kedai dan terkejut apabila mendapati pintu jeriji dan kuncinya telah diumpil.

Katanya, pekerja itu kemudian memaklumkan kejadian tersebut kepada majikannya sebelum menghubungi polis.

“Pemeriksaan di dalam kedai mendapati terdapat dua peti besi masing-masing setinggi 1.83 meter yang disimpan di dalam sebuah bilik di mana salah satunya cuba dipecahkan.

“Bagaimanapun, mereka gagal melarikan barang kemas tersebut kerana ketebalan peti besi itu dan tambahan pula mereka dipercayai tidak menggunakan peralatan untuk mengimpal,” katanya.

Kok Chin menambah, suspek turut melarikan set rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di dalam dan di luar kedai itu.

Menurut Kok Chin, suspek dipercayai menggunakan sarung tangan ketika melakukan perbuatan tersebut berdasarkan tiada penemuan cap jari di situ oleh pasukan forensik.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0
Komen
Denda RM1j perdagang orang

KUALA LUMPUR - Sesiapa yang mendapat keuntungan daripada kegiatan mengeksploitasi orang yang diperdagangkan akan dikenakan denda tidak kurang daripada RM500,000 sehingga RM1 juta berdasarkan Rang Undang-Undang Antipemerdagangan Orang (Pindaan) 2010 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

Perkara tersebut terkandung dalam Fasal 10 rang undang-undang itu yang menaikkan denda bagi kesalahan tersebut yang sebelum ini menetapkan denda tidak kurang RM50,000 dan tidak lebih RM500,000 mengikut Akta Antipemerdagangan Orang 2007.

Rang undang-undang itu yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop untuk bacaan kali pertama juga menetapkan bahawa segala keuntungan diperoleh daripada kesalahan tersebut oleh pesalah yang disabitkan juga boleh dilucuthakkan.

Rang undang-undang yang mempunyai 26 Fasal itu turut memasukkan bahagian baru iaitu Bahagian IIIA ke dalam Akta 670 untuk menangani masalah yang timbul berkenaan dengan penyeludupan migran.

Seksyen-seksyen di dalam bahagian itu secara khusus menjadikan eksploitasi migran dan penjanaan keuntungan haram daripada pemerolehan kemasukan atau penetapan migran berkenaan sebagai suatu kesalahan.

Turut dipinda ialah Seksyen 63 Akta 670 untuk memperuntukkan penalti terhadap sesebuah pertubuhan perbadanan yang melakukan kesalahan di bawah akta itu.

Ia termasuklah penalti lebih berat bagi pesalah berulang dan jika mereka (pesalah) bertindak secara bekerjasama dengan orang lain atau lebih daripada seorang semasa melakukan kesalahan itu.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0
Komen
Status PR untuk pelajar asing


PUTRAJAYA - Kerajaan sedang mengkaji untuk memberi status taraf penduduk tetap (PR) kepada warga asing yang belajar di negara ini bagi menggalakkan mereka bekerja di Malaysia selepas tamat pengajian.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pemberian PR itu bagaimanapun bukan terbuka kepada semua pelajar asing tetapi hanya dikhaskan kepada penuntut yang sedang melanjutkan pengajian pada peringkat sarjana dan doktor falsafah (Ph.D).

"Mungkin kita akan tawarkan mereka berkhidmat sebagai pensyarah atau penyelidik tetapi penawaran bukan kepada semua pelajar sebaliknya pelajar yang benar-benar kreatif serta berkemahiran," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian Biasiswa Antarabangsa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kepada 125 pelajar yang akan melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di sini semalam.

Serentak dengan itu, menurut Mohamed Khaled, pemberian PR berkenaan akan dapat mengimbangi trend graduan tempatan yang berkhidmat di negara luar.

Langkah itu dilihat sebagai salah satu strategi mengelakkan Malaysia ketinggalan dalam aspek tenaga kreatif dan berkemahiran.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0
Komen
Perompak tersilap sasaran


KUANTAN – Hajat lima anggota penjahat Geng Tong Gas untuk mendapat habuan besar dengan menjadikan rumah banglo milik seorang ahli politik di sini sebagai sasaran untuk dirompak tidak berbaloi apabila empat daripada mereka ditembak mati semalam.

Dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, lima penjahat warga Indonesia itu hanya sempat berada kira-kira 10 minit di dalam rumah banglo dua tingkat milik Exco Belia dan Sukan Pahang, Datuk Wan Adnan Wan Mamat (gambar) yang terletak di Taman Pantai Selamat, Jalan Teluk Sisek di sini.

Seperti beberapa kes jenayah membabitkan kumpulan itu yang menggunakan tong gas untuk memecah masuk bilik tidur di rumah mangsa-mangsanya, kali ini penjenayah itu juga cuba memecah masuk bilik tidur bapa mentua kepada Wan Adnan iaitu Datuk Ahmad Baharuddin Mohd. Akil, 81, menggunakan tong gas.

Namun tindakan penjenayah itu terbantut kerana mereka terpaksa melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis.

Semasa kejadian Wan Adnan bersama sembilan ahli keluarga dan dua pembantu rumah wanita berada di tingkat atas rumah banglo dua tingkat itu sebelum dia menyedari ada penjenayah menceroboh rumahnya.

Ketua Polis Pahang, Datuk Robiah Abdul Ghani berkata, Wan Adnan menyedari penjenayah itu cuba memecah masuk rumahnya dengan mengumpil pintu di bahagian tepi rumah menggunakan sebatang besi pengumpil tayar.

“Wan Adnan terus menghubungi polis sebelum sepasukan polis tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian,” kata beliau di sini semalam.

Menurut beliau, menyedari kehadiran polis, lima penyamun bersenjatakan sebilah parang, sebilah pisau pemotong daging dan satu alat pemotong besi cuba melarikan diri.

“Ketika penjenayah itu cuba meninggalkan rumah itu mereka telah mencabar pasukan polis sehingga menyebabkan anggota polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan.

“Akibat tembakan itu, empat suspek yang berumur antara 30 hingga 40 tahun mati di tempat kejadian manakala seorang lagi yang cedera parah sempat melarikan diri,” kata Robiah.

Suspek yang memakai baju merah itu dapat menghilangkan diri ke arah semak berhampiran longkang besar tidak jauh dari rumah tersebut.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

7/04/2010

0
Komen
Teknik membelai payudara


Semasa membelai payudara isteri ia mestilah dilakukan dengan lemah-lembut kerana kawasan payudara dan putingnya adalah kawasan yang sensitive dan mempunyai banyak saraf.
Pada kebiasanya wanita yang baru mengenali belaian pada payudara akan mudah ghairah jika disentuh pada bahagian yang sensitif itu. Wanita yang mempunyai payudara yang kecil pula, boleh mendapatkan payudara yang besar jika asyik dibelai. Payudara juga boleh dibelai dengan kaedah meramas dan menghisap puting. Perasaan ghairah dan juga berahi yang dialami wanita ketika melakukan seks akan mengeluarkan hormon-hormon yang akan memberi isyarat pada badan wanita itu jika dia bersedia untuk mengandung. Sepertimana, yang telah diperkatakan diatas, kawasan payudara dan juga pinggul adalah kawasan dimana tersimpannya lemak DHA dan pelbagai lagi khasiat untuk persediaan pada badan wanita-wanita yang akan mengandung.

Belaian pada payudara boleh meningkatkan kegelian dan berahi pasangan jika ia dilakukan secara lembut ataupun gelojoh. Semua itu terpulang pada kesesuaian pasangan itu sendiri untuk mendapat kepuasan seks yang hebat . Selain itu, suami juga perlulah pandai untuk mempelbagaikan cara untuk memberikan belaian maksimum pada payudara pasangan mereka.

Pertama sekali jangan terus sahaja menyentuh payudara isteri terutama bahagian puting. Belaian seelok-eloknya mula dilakukan pada kawasan sekeliling payudara isteri. Kawasan bahu, di atas payudara dan pangkal payudara adalah kawasan permulaan yang menghairahkan dan tidak menggelikan. Ramas dan sentuh dengan cara yang lembut di kawasan itu. Kemudian cium kawasan bahu dan kawasan di atas payudara.
Jari-jemari memainkan peranan penting semasa member rangsangan pada payudara. Ramas di sekeliling pangkal payudara isteri dengan lembut secara bulatan. Namun, jangan menyentuh lagi payudara isteri. Ramas dan beramah mesra dengan bertanyakan kawasan-kawasan yang member keselesaan pada isteri dan berikan tumpuan sepenuhnya pada kawasan itu.

Bolehkah anda bayangkan rupa suami dalam keadaan sedang melakukan belaian pada isteri mereka?? Sambil mencium bahu dan juga kawasan di atas payudara isteri, jari-jemari tangan pula meramas sekeliling payudara isteri. Gilirkan meramas kedua-dua belah payudara isteri.

Selain itu, kawasan pada pangkal bahagian bawah payudara isteri juga, adalah merupakan kawasan sensitif dan menghairah pada isteri. Belai dan ramas dengan perlahan-lahan menggunakan tangan. Gilirkan dengan meramas sekeliling payudara dan gilirkan antara kedua-dua payudara besar itu.

Apabila isteri sudah ghairah dan inginkan lebih belaian daripada si suami, kemudian suami bolehlah member rangsangan puting payudara besar isteri. Puting diberi rangsangan dan dighairah dengan menggunakan lidah melalui hisapan dan jilatan lembut. Hisap puting payudara dengan memasukkan putting payudara ke dalam mulut dan sentuh puting dengan lidah. Pastikan hujung puting berada diantara bibir suami serta tidak menyentuh gigi. Seterusnya, sambil puting payudara isteri disedut dengan lembut, gunakan lidah bagi membasahi puting payudara.

Gunakan lidah dan jilat secara sentuhan lembut secara membulat di sekeliling puting payudara. Bagi menimbulkan rasa berahi suami boleh menyedut puting isteri dengan kuat. Lidah boleh digunakan untuk mengurut kerana otot lidah adalah kuat. Ia sama sahaja seperti bayi yang sedang menyusu tetek ibu. Gilirkan menyedut kedua-dua belah payudara isteri. Namun, mungkin juga isteri lebih suka sedutan pada sebelah payudara sahaja, maka interaksi daripada isteri amat penting.

Bagi menghairahkan lagi isteri, suami perlu melakukan ransangan tanpa henti terhadap payudara isteri. Jika payudara kanan disedut putingnya, payudara kiri pula jangan dibiarkan tidak diransang. Lakukan ransangan lain seperti meramas payudara kiri itu. Selain itu, ia juga boleh dilakukan secara bergilir-gilir.
Ketika melakukan hubungan seks, setelah batang zakar dimasukkan ke dalam faraj isteri, payudara besar isteri jangan dibiarkan ia tidak dibelai dan diramas dengan lembut. Gilirkan dengan menghisap payudara dan diramas dengan lembut. Jangan biarkan salah satu payudara tidak disentuh.

“Tit fuck” ialah memancutkan air mani diantara payudara besar isteri. Ini adalah salah satu cara bagi memvariasikan hubungan seks. Ia amat menghairahkan suami dan akan memberikan kepuasan pada pasangan terutama pada waktu isteri datang haid ataupun pantang selepas bersalin. Selepas itu jangan lupa untuk menyapu sekeliling payudara dengan mani yang dipancutkan. Kemudian air mani suami perlu dibiarkan hingga kering. Amalan ini dapat mengekalkan ketegangan payudara isteri.
Satu lagi posisi kegemaran ketika melakukan seks yang boleh menghairahkan payudara isteri iaitu dengan isteri berada diatas semasa melakukan seks. Posisi “Woman on the top” membolehkan payudara dicapai dan juga diramas. Ia membolehkan puting dihisap dan diberi rangsangan dengan mulut.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0
Komen
Rumah mewah dlm lori.










Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0
Komen
Beginilah beranak melalui operation.







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0
Komen
WORLD'S LARGEST BUTTERFLY




The Atlas moth (Attacus atlas) is a large saturniid moth found in the tropical and subtropical forests of Southeast Asia, southern China, common across the Malay archipelago, Thailand to Indonesia.


In India, Atlas moths are cultivated for their silk in a non-commercial capacity; unlike that produced by the related Silkworm moth (Bombyx mori), Atlas moth silk is secreted as broken strands. This brown, wool-like silk is thought to have greater durability and is known as fagara. Atlas moth cocoons have been employed as purses in Taiwan.

Atlas moths are considered to be the largest moths in the world in terms of total wing surface area (upwards of c. 400 square cm or 65 square inches). Their wingspans are also amongst the largest, from 25-30 cm (10-12 inches). Females are appreciably larger and heavier.

Atlas moths are said to be named after either the Titan of Greek mythology, or their map-like wing patterns. In Hong Kong the Cantonese name translates as "snake's head moth", referring to apical extension of the forewing, which bears a passing resemblance to a snake's head.

Atlas moths are predominantly tawny to maroon in colour with roughly triangular, diaphanous "eyes" on both forewing and hindwing, bordered in black. The purpose of these dramatic, gossamer portals is not clear, but they are thought to play a role in predator avoidance. Their bodies are hairy and disproportionately small compared to their wings.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0
Komen
Tikus yang terover saiz




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0
Komen
Taliban bom bunuh diri di masjid Lahore,Pakistan

July 1, a sanctuary in Pakistan's eastern city of Lahore have been three consecutive suicide bombings. News that the attack has killed at least 41 people were killed and 175 injured.
July 2, security personnel in the eastern city of Lahore, Pakistan exploded outside the temple guard. This was built in the 11th century, called the Data Ganj Bakhsh of the Temple, when the explosion occurred about a thousand in there engaged in religious activities.
Reported that three explosions, one occurred in the Temple, with the entrance in the temple, together in the yard.Body site of the blast fragments, brick, clothing, shoes and other scattered one place.

Police at the scene found the body of suicide bomber, but can not determine their identity. Police said three suicide attackers, aged in their 20s, who with about 10 kg per person wearing a vest bomb. Officials pointed out that the use of suicide bombers with a bomb inside ball, to increase the lethality.


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Blog Widget by LinkWithin