18sx 18sg uncensored gossip scandals news celebrities info and more.....

1/19/2012

0
Komen
Tonton video lucah ketika memandu?


Saya betul berharap berita di muka depan sebuah akhbar arus perdana berbahasa Inggeris semalam tidak betul. Siapa sahaja yang membaca berita itu pasti berasa sedih, sekali gus marah. Sebenarnya amat marah.

Sepasang suami isteri, K Vijaya, 32, dan S Helmatha, 28, terbunuh di tempat kejadian dalam satu kemalangan ngeri melibatkan enam kenderaan. Dengan kematian mengejut itu tiga anak mereka berusia 7, 9 dan11 tahun menjadi yatim piatu. Itulah yang menyedihkan.

Seperti dilaporkan, punca kemalangan jam 10 pagi di Jalan Pontian-Johor Bahru itu ialah apabila sebuah lori sarat dengan pasir, hilang kawalan kerana pemandunya dikatakan leka menonton video lucah.

Menurut polis lori tersebut mempunyai alat pemain LCD yang ketika kemalangan sedang menayangkan video seks. Sambil memandu sempat menonton bahan lucah! Kalau benar seperti dilaporkan, pemandu berusia 41 tahun, kini dalam tahanan polis, patut dihukum seberat-beratnya.

Itu terjadi pada hari pertama Ops Sikap ke-25 sempena perayaan Tahun Baru Cina. Selain kemalangan di Johor Bahru, hari itu juga Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencatatkan 17 kematian kemalangan jalan raya di seluruh negara.

Rekod polis menunjukkan 1,303 kemalangan pada hari berkenaan, dan 13,813 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik, termasuk memandu melebihi had laju, mabuk, melalui lorong kecemasan, lebih muatan, tidak memakai topi dan tali pinggang keledar.

Sudah 25 kali Ops Sikap dilakukan, pemandu kita masih bersikap kurang ajar. Tidak kira tahun naga, kuda, babi, arnab, ayam, jalan raya kita terus disimbah darah. Rasanya kalau ada tahun siput babi pun, sesetengah pemandu kita tetap macam iblis ketika memandu.

Tertarik juga dengan pendekatan baru PDRM dalam Ops Sikap kali ini, iaitu menggunakan apa yang disebut ‘reverse psychology’ – maaf saya gagal mendapat istilah Melayu yang sesuai untuk perkataan Inggeris ini.

Papan tanda diletakkan di laluan dikenal pasti sebagai kawasan hitam, lain macam bunyinya. Kalau dulu-dulu guna kata-kata nasihat ‘Pandu Cermat, Jiwa Selamat’, kali ini terbalik kot: ‘Pandu Laju, Maut Menunggu’.

Pendekatan seperti ini diharap dapat membuka mata – dan hati! – pemandu yang degil, keras kepala, angkuh, pentingkan diri, sekali gus bodoh. Sudah sekian lama guna slogan lembut lagi merayu, mereka tidak peduli.

Terbukti kata-kata yang digunakan selama ini seperti ‘Biar Lambat Asal Selamat’, ‘Memandu Secara Berhemah’, ‘Hati-Hati Di Jalan Raya’, ‘Ingat Orang Tersayang’ dan lain-lain slogan lunak, tidak menyedarkan mereka.

Maka elok benar kali ini yang lunak-lunak itu ditukar dengan sesuatu yang kasar lagi mencabar. Pada hemat saya ‘Pandu Laju, Maut Menunggu’ belum cukup kasar. Mungkin boleh guna yang lebih ‘brutal’ seperti ‘Tekan Minyak Lagi, Biar Cepat Mati’.

Pada selekoh yang selalu diletakkan gambar tengkorak dengan pesanan ‘Jangan Memotong’, pun perlu ditukar. Boleh kekalkan gambar tengkorak, tetapi ubah pesanan menjadi ‘Ku Nanti Dikau Di Pintu Neraka’, atau ‘Daging & Tulang Mu Untuk Harimau Di Zoo Negara’.

Jangan lagi kata-kata lunak ‘Ingati Orang Tersayang Ketika Memandu’, sebaliknya guna ‘Matilah, Pasti Janda Anda Akan Dipeluk Orang Lain’, atau ‘Mati Cepat, Anak Dara Engkau Aku Dapat’, atau ‘Tiada Siapa Rugi Jika Anda Mati’.

Memanglah kedengaran kasar, tetapi itulah paling sesuai untuk si kurang ajar. Slogan seperti itu bukan ditujukan kepada pemandu yang tertib dan bertanggungjawab, sebab pemandu yang berhemah tidak perlu ditunjuk ajar.

Mengenai pemandu yang menonton video, saya ingin tahu mengapa pihak berkuasa, khasnya JPJ membenarkan alat seperti itu dipasang pada kenderaan. Sebenarnya banyak kereta memasang TV kecil yang boleh ditonton bukan sahaja oleh penumpang tetapi pemandu.

Apakah pemasangan mini TV itu perlu mendapat kelulusan dari pihak berkuasa? Atau, adakah sesiapa sahaja boleh memasang TV dan video dalam kenderaan. Tidakkah alat-alat tersebut boleh menyumbang kepada masalah jalan raya kita yang kini sudah pada tahap kronik?

TV dan video hanya sesuai untuk penumpang perjalanan jauh baik dalam bas, kereta api dan kapal terbang. Tetapi pemasangan alat tersebut di sebelah pemandu kereta atau pemandu lori, patut diharamkan.

Pada hemat saya tempat paling baik dan sesuai menonton TV atau video – tidak kira video seram, video lucu, atau video lucah – adalah di rumah, bukan dalam kereta atau lori.

sumber

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin